Tuesday, June 9, 2009

hujan di awal2 pagi

Wah.. sudah lama sya tak berkongsikan cerita tentang aktiviti harian sya. Sebenarnya tak ada apa yg menarik pun tentang Me, My SeLf n I... tapi apa yang best sepanjang tempoh lebih kurang 1 blan ni... Ha.. Ramai kwan sya dah berkahwin.. Pada 7/06/09 yang lalu, sya telah menghadiri 2 majlis perkahwinan... Sepupu sya n Best friend sya..
Tapi yg tak bestnya... sya x dapat membantu apa2 di kedua-dua majlis tersebut.. tolong makan n tolong tengok aje la..

pagi ni hujan turun dengan lebatnya.. walaupun sekejap namun telah membasahi bumi kudat..

Wednesday, May 13, 2009

tersilap lagi...

Hari ni sia terlewat punch kad... 1 minit lewat... tak apa la, bukan selalu.. dlm setahun 2 - 3 kali jak.. hehehehe
setelah lama bercuti sia kini berkerja.. kemarin pun kerja juga.. dengan yakin sia membuat pesanan barang rutin untuk hari esok... semua sudah selesai..
Dah dekat pukul 11.30am, baru sia sedari.. pesanan yg sia buat pagi tadi tu salah hari... semua kena kasi betul... kena call pembekal lagi... kasi cancel borang pesanan lagi... serba tak kena pula ari ni.., tambahan pula line internet d office ada masalah... mau buka e-mail pun tak boleh... cuba broadband pun ada problem... entah apa2 lah...
serba tak kena selepas balik daripada bercuti... belum lagi korek2 kerja yg ditinggalkan oleh kawan sekerja... entah2 pening kepala sia... apa2 pun... ni nasihat tuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi , 'siapkan diri untuk memulakan kerja setelah lama bercuti... semangat kerja tu penting bagi mengelakkan masalah2 sampingan berlaku.. hehehehe'....

-------selamat bertugas kepada semua pekerja di Malaysia ----------

Tuesday, May 12, 2009

Kerja Bertimbun...

Hari ini merupakan hari pertama sia berkerja setelah lama bercuti... semangat untuk kerja tu ada.. tapi, belum pulih sepenuhnya. oleh itu, pada hari ini sia cuma tengok2 je kerja yg kawan sejawat tinggalkan tuk sia...
Apa pun sempat juga sia buat perbincangan dengan kawan kerja yg lain.. tanya2 apa yg berlaku selama sia bercuti.... bla bla bla bla.... mereka mengemukakan ketidakpuasan hati dan menceritakan beberapa peristiwa yang lucu dll... hehehehe
....adusssssssss.....

Tuesday, April 21, 2009

Syukurlah... aku selamat sampai...

Selepas kursus tamat petang tadi. aku bergegas balik ke tempat ku menginap selama lima hari ini. Sesampainya aku di rumah, aku mengambil sedikit waktu untuk merehatkan diri... terasa letih seluruh badan dan minda sepanjang hari ini...
Seperti yg dijanjikan, aku akan menemui kawan lama ku pada malam ini... kawan yg ku kenali sejak 7 tahun yang lalu. (sama tempat belajar). kami berjumpa di tempat yang dijanjikan. (kami pergi bertiga ya...) sebelum c jejaka menemui kami....(dia ttidak kenal kereta yg saya gunakan).. kami kenakan dia.. hehehehe
Kami pergi menjamu selera menggunakan 1 kereta sahaja.. c ayunari la... hehehe... setelah menemukan tempat menjamu selera yang sesuai.. kami pun memesan makanan mengikut kesukaan masing2... bersembang lebih 1 jam... mengenangkan masa lampau dan berbagai topik yang dibualkan... setelah itu kami pun balik semula ke tempat c jejaka menjumpai kami tadi..
dipendekkan cerita yg dah panjang... semasa balik ke tempat masing2... saya dengan tidak disedari dan sengajanya membelok secara bahaya untuk ke jalan u turn... eh... sikit lagi berlaku perlanggaran wooo... kerata dari arah jalan besar tu laju2 macam jet pejuang... saya pula masuk ke jalan besar dengan suka hati jak... syukur, coz tidak ada apa2 kejadian buruk yang berlaku... setelah menghantar kawan balik ke tempat tinggalnya... saya balik ke rumah, syukur kerana saya selamat dan dapat berkongsi pengalaman saya malam ini.... hehehehe.... "Pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang".... "biar laju janji selamat"--> sesuai digunakan untuk pemandu cam saya...

Wednesday, April 15, 2009

gerammm...

"20 tahun yg lepas..bla..bla..bla..." betul2 cabaran. orang lama selalu kata 'dulu', 'yang dulu-dulu' dll... selalu cakap macam tu... kenapa dengan yang dulu??? nak bandingkan dengan yang sekarang ni ka??? kalau nak bandingkan dengan yang sekarang ni... 20 tahun yang lepas.. berapa orang ada rumah banglo? terbina sudah kah jejambat di kk tu? berturap dah kah jalan raya d kg-kg? sudah adakah lapangan terbang di daerah2 kecil? sudah adakah handphone 3G? berapa orang yang datang kerja dengan menggunakan kereta sendiri??????... FIKIRLAH... jangan asik nak menyalahkan orang muda aja... kalau yang dulu2 tu bagus daripada yang sekarang ni... kenapa tak ajar orang muda untuk buat kerja macam dulu???? salah siapa??? ORANG LAMA juga... bukannya orang muda sekarang ni tak mau ikut didikan orang lama... tapi orang lama yang tidak tahu mendidik orang muda... kedekut ilmu la katakan.. mau sendiri jak yang pandai... apa gunalah kedekut ilmu... berkarat juga tu...
bagi saya, orang lama ni tak pandai nak menghargai orang muda... lagi satu, sesetengah daripada dorang ni... tak suka perubahan yang dilakukan untuk kebaikan... dorang ingat semua yang dilakukan oleh orang muda tu.. membuatkan dorang susah dan tercabar... pEE RAAAA

kepada sr yang tak tahu nak control mulut... silalah sedarkan diri... tak semua perkara yang lama tu boleh digunapakai pada zaman sekarang ni... keluarlah dari tempurung kaca tu woii...

(kegeraman hari ini membuatkan saya menaip seperti di atas... minta maaf jika terasa hati ok... tapi, ingatlah kalau tak ada orang lama.. tak ada juga orang muda sekarang ni... kepada orang lama, hargailah orang muda... kerana idea mereka lagi gempak daripada kalian.... hahahahaha)

Monday, March 30, 2009

~HooorEaaaa... Saman sudah diselesaikan~

kalau dah buat salah... kena lah bertanggungjawab.. itulah yang sia lakukan, setalah menerima saman ari tu... lepas dah 1 hal... hahahhaa

Thursday, March 26, 2009

KarIpAp punYa pasaL...Kacang KudaT dIlupaKan...

26/03/09 sya pergi bersarapan dengan kawan sekerja di pekan... destinasi biasa kami pergi... makanan di sana sedap, tempat selesa, harga berpatutan.. service pun cepat... selesai menikmati makanan yang mengenyangkan... teringin pula membeli kuih karipap yang dijual di kedai tersebut... kerana teringin nak merasa karipap, sya tak sedar apa yg berlaku terhadap AYUNARI... seorang polis Trafik sedang manjalankan tugasnya... sehelai kertas ditingalkan di cermin depan AYUNARI... adusss..!!!!! SAMAN beb... hahahahaha...
Apalah nasib c AYUNARI ni... baru 3 bulan dibebaskan dari penjara kilang Perodua, sudah kena bagi surat cinta... hari ini genaplah 3 bulan c AYUNARI tu hidup bebas...
Berbalik pada kisah Karipap dan KacanG Kudat... Kalau bukan kerana Karipap, kami dah beredar dari tempat tu lebih awal...Kalau bukan kerana Karipap, c AYUNARI tak diberi surat cinta daripada peminat barunya... Kalau bukan kerana Karipap, pastinya kami akan ke pasar untuk membeli Kacang Kudat... KERANA karipap, kami terlupa membeli Kacang Kudat.. kerana Karipap, c AYUNARI menjadi mangsa... Mangsa ketelitian polis Trafik menjalankan tugas... kerana Karipap, Wang ku bakal melayang.... huhuhuhu....
maaf pak polisi... nanti sya bakal membayar saman lalu lintas.. tunggu ya... hehehe
sorry kacang Kudat... next time la kami akan mencari mu... tunggu ya...
sorry AYUNARI... tapi jangan risau, awaklah kekasih ku yang paling sya sayang...

Tuesday, March 24, 2009

sEmEmanGnya bEgituLah hiDup

tak tau apa mau tulis.... idea ada tapi susah nak diluahkan
kesihatan perlu dijaga....
senaman salah satu cara untuk menjaga kesihatan....
selain itu, pemakanan yg sihat juga perlu...
pemikiran positif lahir daripada tubuh yg sihat...tu bg sya...

Tuesday, March 10, 2009

~SuNdaY = Nice MemOrY~

Simpang Mengayau tempat indah... wah bestnya... dlm tahun 2009, ni 1st time sya p jejak kaki sana... rupanya ada tempat lepak di sebelah restoran tu.. baru sya tau..

Seronok la lepak di sana... angin kuat, nampak laut yang indah, ada bunyian burung cengkerik dll.. seperti dalam hutan... tenang fikiran dan jiwa kalau lepak sana..

thanks 'bos' temankan sya ke sana.. :)

Saturday, March 7, 2009

~Nice day~

Yea...Yea... today is Sabbath Day...
Bangun awal pagi... Melaksanakan kewajiban setiap Sabat.. :-)
-hal-hal duniawi dilupakan... Ketenangan jiwa di RUMAH DIA adalah yang sangat penting.

Seronok mempelajari pelajaran bersama kawan2 di Church... hari ni belajar kidung no.355 ja.. Belajar sampai boleh... ;-)
----> manusia dikaruniakan hati nurani. Menunjukkan manusia diciptakan oleh Sang Pencipta yang Maha Kuasa...

Monday, March 2, 2009

~keRja, KerJa, kErjA~

- Datang ke tempat kerja setiap pagi.. MESTI, datang sebelum 8.00am. (Wajib)

So, tiap hari kena datang sebelum 8.00am.. Tempat kerja ngan tempat tinggal, bukannya jauh. Kalau jalan kaki, ambil masa 5-8 minit jak... Disebabkan sya ada kereta, malas la mau jalan kaki. (sya ni tergolong dalam mereka2 yang berpenyakit 'M') he he he... orang cakan 'Minta Puji' ha ha ha... mentang2 ada kereta, pergi tempat kerja pun naik kereta... bukannya jauh...!!!
-----apa-apa jak la.. janji bahagia-----

Tiap hari buat kerja Rutin..'Receiving'...'Ordering'... Hari ini cuaca baik.. oh..Lupa, pagi tadi sya repair PC... peh, boleh tahan juga sya ni... 'serba boleh'... Disebabkan sya repair PC la, sya terpaksa menangguhkan masa sarapan ke 9>pagi.. Today makan Rojak Mee ngan mama apis di Kedai Batu Satu... Tak tau napa tempat tu digelar Batu 1... sya nampak banyak batu pun sana.. he he he..

Ari ni, Line internet ada problem... tak dapat chat ngan member2 yang selalu menemani sya.. Member sya tu; kengkawan di tempat kerja juga... yang lain berada di seberang laut... tapi, siap juga kerja sya time menunggu line internet stabil..