Thursday, March 26, 2009

KarIpAp punYa pasaL...Kacang KudaT dIlupaKan...

26/03/09 sya pergi bersarapan dengan kawan sekerja di pekan... destinasi biasa kami pergi... makanan di sana sedap, tempat selesa, harga berpatutan.. service pun cepat... selesai menikmati makanan yang mengenyangkan... teringin pula membeli kuih karipap yang dijual di kedai tersebut... kerana teringin nak merasa karipap, sya tak sedar apa yg berlaku terhadap AYUNARI... seorang polis Trafik sedang manjalankan tugasnya... sehelai kertas ditingalkan di cermin depan AYUNARI... adusss..!!!!! SAMAN beb... hahahahaha...
Apalah nasib c AYUNARI ni... baru 3 bulan dibebaskan dari penjara kilang Perodua, sudah kena bagi surat cinta... hari ini genaplah 3 bulan c AYUNARI tu hidup bebas...
Berbalik pada kisah Karipap dan KacanG Kudat... Kalau bukan kerana Karipap, kami dah beredar dari tempat tu lebih awal...Kalau bukan kerana Karipap, c AYUNARI tak diberi surat cinta daripada peminat barunya... Kalau bukan kerana Karipap, pastinya kami akan ke pasar untuk membeli Kacang Kudat... KERANA karipap, kami terlupa membeli Kacang Kudat.. kerana Karipap, c AYUNARI menjadi mangsa... Mangsa ketelitian polis Trafik menjalankan tugas... kerana Karipap, Wang ku bakal melayang.... huhuhuhu....
maaf pak polisi... nanti sya bakal membayar saman lalu lintas.. tunggu ya... hehehe
sorry kacang Kudat... next time la kami akan mencari mu... tunggu ya...
sorry AYUNARI... tapi jangan risau, awaklah kekasih ku yang paling sya sayang...

No comments:

Post a Comment